Saya tak ambil tahu hal Kazar.. Kalau Saya jumpa dia dekat luar..” Menantu kesayangan bakal bercerai.. Tak sangka ini kata2 Yusof Haslam kepada Kazar..
Saya tak ambil tahu hal Kazar.. Kalau Saya jumpa dia dekat luar..” Menantu kesayangan bakal bercerai.. Tak sangka ini kata2 Yusof Haslam kepada Kazar..
Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil berkongsi rasa leganya selepas kemelut rumah tangganya bersama suaminya, Syamsul Yusof hampir menemui titik noktah. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Sarah sendiri menerusi sebuah muat naik di Instagram, sebentar tadi.
Seakan reda dengan suratan takdir yang tertulis, Sarah telah memuat naik gambarnya membelakangi kaabah diiringi kapsyen yang menceritakan tentang lumrah kehidupan.
“Tiada apa yang perlu dibincang… Nasi sudah jadi bubur.” Itu jawapan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam, 69, ketika ditanya adakah beliau akan bersemuka dengan besan, Kazar Saisi berhubung pernikahan anak mereka, Syamsul Yusof dan Ira Kazar yang hangat diperkatakan netizen. Yusof berkata, selain tiada keperluan, beliau enggan masuk campur dan mengeruhkan lagi keadaan.
“Saya tak mahu ambil tahu hal Kazar. Lagipun, kami memang tidak rapat. Kalau jumpa di luar, setakat tegur begitu sahaja. “Selama ini, iaitu sejak empat dan lima tahun lalu apabila isu ini timbul, saya tidak pernah tanya pun kepadanya. “Tidak manis rasanya kerana ini membabitkan dua pihak iaitu anak dia dan anak saya,” katanya kepada BH Online.
Mengenai reaksinya jika Kazar berhasrat bertemu keluarganya bagi menjernihkan keadaan, Yusof enggan mengulas demi menjaga hati banyak pihak termasuk isterinya, Datin Patimah Ismail. “Saya tidak boleh hendak komen kerana ini membabitkan isteri saya. Saya tahu, dia sudah cukup terluka dengan apa yang berlaku.
mereka yang meminati kerja Syamsul juga mengkritik hebat tindakan Syamsul ini?
Saya tahu dan saya sedar dengan pelbagai kata-kata yang dilemparkan kepada saya. Saya pinta satu saja. Segala amarah itu tujukan kepada saya saja. Kalau nak salahkan, salahkanlah saya. Kalau nak dibenci, bencilah saya. Janganlah dikatakan apa-apa yang tak manis terhadap isteri-isteri saya, Puteri Sarah dan Ira Kazar.
Jangan dikata apa-apa yang tidak manis terhadap mama dan ayah saya. Janganlah kaitkan anak-anak saya dalam perkara ini. Mereka sudah makin dewasa dan mereka juga tahu membaca. Luluh hati saya kalau mereka membaca apa yang saya baca mengenai diri saya ketika ini. Kepada semua yang mengkritik saya, percayalah saya akan mencuba sedaya-upaya untuk menjaga semua hati yang ada dekat dengan saya ketika ini.
Ada masanya saya gagal kerana saya juga manusia biasa. Walaupun ada kalanya saya terjatuh, saya berusaha untuk bangun semula.
Ayah, tangisan ayah di TV bukan mudah untuk Syamsul tonton. Terima kasih ayah kerana seolah-olah masih ada perasaan yang ayah barangkali memahami dan merestui. Namun itu bukan bermakna Syamsul puas hati begitu saja kerana Syamsul akan berusaha untuk mendapat restu ayah satu hari nanti. Insya-Allah.