Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Punya banyak ‘P’, Anak aku juga dia..” Syamsul kena s0und dgn Kazar? Sarah dedah ada klip tersebar



Puteri Sarah Liyana memaklumkan bahawa dirinya tidak akan sesekali menarik balik dakwaan terhadap madunya, Ira Kazar meskipun didesak oleh suami, Syamsul Yusof berhubung tuntutannya untuk bercerai daripada perkahwinan yang dibina mereka.

Malah, Puteri Sarah turut mendedahkan bahawa dia mempunyai rakaman video tak senonoh suaminya itu bersama Ira sebelum mereka berumah tangga di luar pengetahuannya sebelum ini. Kata Sarah, Ira sendiri sudah mengaku kepada pihak JAWI mengenai kewujudan video tersebut dan menegaskan tiada isu dirinya berlaku nusyuz sebaliknya Syamsul sendiri yang berlaku curang sepanjang perkahwinan mereka.

Menjengah ke ruangan sebuah forum, netizen dilihat membincangkan mengenai isu dan gosip panas tersebut dan terdapat individu yang mendakwa mereka sudah pun melihat ‘video tidak senonoh’ tersebut. Malah, netizen juga turut memuat naik ciapan lama Ira Kazar yang seolah-olah bangga menjadi rebutan suami orang.

Menurut netizen, Ira telah menghantar video tidak senonoh tersebut ketika Puteri Sarah berpantang anak kedua iaitu Sumayyah. Keadaan Puteri Sarah pada ketika itu juga dilihat agak kurus dan cengkung sehingga menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen mengenai kekacauan yang tengah berlaku dalam rumah tangga pasangan ini.

Belum tamat kemelut rumah tangga antara Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof apabila pengarah terkenal itu enggan melafazkan cerai terhadap isterinya seperti yang dijadualkan pada hari ini.

Terbaru, Puteri Sarah memaklumkan bahawa Syamsul pernah berjanji untuk memberikan rumah untuk kediaman kedua-dua anak mereka, Syaikhul dan Sumayyah. Syamsul pernah berjanji jika ada rezeki nak bagi rumah. Sebab tempat tinggal anak-anak kena sediakan, tetapi itu pun tiba-tiba tak mahu bagi. Puteri Sarah juga berkata dia tidak kisah jika Syamsul ingin bersama Ira Kazar yakni madunya namun nafkah anak-anak tidak boleh berkurang.

 

Seperti yang saya katakan, kalau nak bersama isteri kedua, pergilah, tetapi nafkah anak-anak janganlah kurangkan. Terdahulu, pelakon wanita itu meluahkan rasa tidak puas hati apabila Syamsul memohon untuk dia menarik balik dakwaan terhadap isteri keduanya, Ira Kaza dan meminta ‘diskaun’ sebanyak 30 peratus bagi urusan nafkah kedua-dua anak mereka.

Menjengah ke ruangan komen beberapa hantaran media mengenai isu ini, ramai menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan sikap Syamsul Yusof yang dilihat menyusahkan isterinya untuk bahagia dengan cara sendiri.

Mahkamah sebelum ini menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat pada hari ini namun menemui jalan buntu setelah pengarah itu tiba-tiba sahaja ‘u-turn’ daripada perjanjian yang dibuat beberapa minggu yang lalu.

Sumber : Beautifulnara