Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Dia pergi pada 11.39 malam..” Pelakon veteran drama terkenal, hembuskn nafas terakhir, anaknya ada katakan sesuatu

.


PELAKON Kamsani Ismail yang pernah popular menerusi drama bersiri Nur dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi penyakit diabetes dan jangkitan kuman pada malam Rabu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 60 tahun.

Anak Allahyarham, Muhd Amin Kamsani, 25, berkata, bapanya itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka pada pukul 11.39 malam.

“Sedekahkah Al-Fatihah untuk arwah ayahanda saya, Kamsani Ismail yang telah kembali ke rahmatullah, hari Rabu pada 11.39 malam.

“Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya.

Amin berkongsi mengenai pemergian bapanya itu menerusi Instagram miliknya.

Terdahulu, arwah dilaporkan pernah menerima rawatan di sebuah klinik swasta di Klebang sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Kamsani meninggalkan seorang balu iaitu Norhayati Yusoff, 53 dan enam orang anak yang berusia 18 hingga 36 tahun.

Sementara itu, jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Klebang, Melaka.

Allahyarham pernah membintangi beberapa drama seperti Nur, Nenek Kebayan dan Shh… I Love You.

Sumber : Mstar